Namun, saya masih ingat akan semuanya, walaupun ia terlalu pahit untuk ku kenang namun ia banyak mengajar saya dalam menempuh hidup ini. Saya tahu dan sedar semuanya tidak bererti bagimu, kebahagian yang kau miliki sekarang sudah jauh menutupi semua memori kita bersama.. Buat apa dikenang pada hal yang sudah berlalu kan?? Hanya menyakitkan hati sahaja. Seringkali saya menyatakan begitu namun saya sendiri tidak mampu untuk menipu hati dan perasaan saya.. Saya masih mengingati setiap kenangan kita bersama. Tidak sedetik pun ia hilang dalam ingatan saya. Ada waktunya saya terlalu ingin mendengar berita mu di sana, melihat dirimu, apakah engkau baik-baik sahaja..
Apabila melihat orang lain di tempat yang seringkali kita lepak bersama terasa seperti saya melihat dirimu di sana, tersenyum dan bergelak ketawa bersama denganku.. Aduhai usahlah berkhayal.. Orang di sana sudah berbahagia dengan orang lain.. Ya saya tahu saya hanya bermimpi di siang hari namun, ini hanya luahan saya untuk kesekian kalinya..
Ya... hidup harus diteruskan.. dan saya yakin semuanya terjadi kerana ada sesuatu yang lebih baik menunggu saya di sana.. Dan buatmu kenangan ku, saya berharap kau akan terus berbahagia.. Ketahuilah, tidak sedetik pun dendam di dalam hati ini.. walaupun pada mulanya dendam dan kebencian itu terlalu menebal di dalam hati saya buatmu namun saya melepaskan semuanya itu demi untuk kebahagianmu..
Terima kasih untuk segalanya, engkaulah yang banyak mengajar saya tentang ertinya kasih, cinta dan bagaimana rasanya mencintai dan dicintai.. Maafkan diriku kerana tak pernah sempurna di matamu.

0 comments:
Post a Comment