Ku yakin saat Kau berfirman
Ku menang saat Kau bertindak
Hidupku hanya ditentukan
oleh perkataan Mu
Ku aman kerna Kau menjaga
Ku kuat kerna Kau menopang
Hidupku hanya ditentukan
Oleh kuasaMu
Bagi Tuhan tak ada yang mustahil
Bagi Tuhan tak ada yang tak mungkin
MukjizatNya disediakan bagiku
Ku diangkat dan dipulihkanNya
............................................................................................................................................
Tuhan Yesus
Terima kasih untuk segala sesuatu
yang telah Engkau lakukan di dalam
Hidup aku..
Terima kasih Tuhan
Untuk berkatMu, yang selalu baru
dalam hidupku..
Aku bersykur ya Tuhan kerana
aku mengenal Engkau sebagai Tuhan
dan Juruselamat di dalam
Hidup aku...
Tuhan
Aku tahu tanpa Engkau
hidup aku pasti teruk
Aku selalu merasa disakiti
Namun saat ini Ya Tuhan
Engkau memulihkan aku
Engkau memberikan aku
semangat dan kekuatan baru...
Tolong aku Tuhan
agar aku selalu berjalan dalam rencanaMu
Aku sudah tiada siapa-siapa lagi
Hanya Engkau yang mengasihi aku
tanpa syarat.
Tuhan banyak hal yang selalu menganggu aku
Satu hal yang aku benar-benar perlukan
Campurtangan daripada Engkau adalah
Aku sangat merindukan dia yang
ku cintai..
Aku sangat mencintai dia Tuhan..
Setiap fikiran aku dipenuhi dengannya..
Aku rindukan dia Tuhan..
Tolong aku agar aku dapat mengawal emosi aku
perasaan aku agar aku tidak berfikir yang bukan-bukan..
Biarlah aku terus berjalan dalam rencanaMu Tuhan..
Pulihkan hatiku Tuhan
Ubah jalan-jalan hidupku
Jamah hatiku agar aku
sentiasa boleh mengucap syukur kepada Engkau
Tuhan,
Lindungi dia yang ku cintai
Berkati dia dengan kesihatan yang baik
Jaga dia ya Tuhan dari kecelakaan
Bungkus dia kuasa darahMu
Tolong dia ya Tuhan agar dia
selalu baik-baik sahaja
walau dimana pun dia berada
Biar dia sentiasa dalam
perlindungan Engkau
Tuhan,
Perhatikan dia ya Tuhan
Aku tahu dia seorang yang berdikari
Tahu apa yang dia lakukan
Namun ya Tuhan
Dia tetap manusia juga
yang mempunyai perasaan
yang tahu kesakitan, kesedihan dan kesunyian...
Tolong dia ya Tuhan agar waktu dia sakit
Ada orang yang Engkau tempatkan di sisi dia
untuk merawat dan menemani dia
Sewaktu dia sedih Engkau menghiburkan dia
dengan memberikan dia orang-orang yang mengasihi dia
Sewaktu dia kesunyian, sediakan dia penghibur
yang boleh membuat dia tersenyum kembali
Kerana aku tahu aku jauh darinya
Aku tak mampu berada di sisinya selalu
Namun aku tahu hanya Engkau yang
selalu dapat memperhatikannya..
Terima kasih Tuhan
Untuk pertolonganMu
Tolong jaga dia untukku ya Tuhan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment