Hi... rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis di dalam blog ini.. bukan kesibukan yang mengikat aku namun terlalu banyak hal yang terjadi di dalam hidup aku yang tidak mampu aku kongsikan di dalam blog ini.. Aku seperti tidak tahu apa yang aku lalui sepertinya semua ini seperti mimpi..
Hal yang terpenting aku ingin katakan adalah aku sudah kahwin. Ya betul aku sudah berkahwin dengan orang yang aku sangat cintai. Dia seorang yang sangat baik terhadap aku. Seringkali memberikan yang terbaik buat aku, menyedarkan aku tentang hidup. Terkadang memang aku ingin menjadi orang yang boleh membahagiakannya namun aku tetap tidak berjaya. aku seringkali menyakiti hatinya, aku tidak tahu apa lagi yang tidak kena di dalam hidup kami. Agaknya semua ini adalah balasan daripada dosa-dosa yang telah aku lakukan di dalam hidup aku sehingga mengakibatkan setiap orang yang ada di sekitar aku pasti akan terkena tempiasnya.
Aku sudah tidak berkerja lagi sudah lebih 8 bulan agaknya aku menjadi surirumah sepenuh masa. Aku gembira dengan situasi ini. Menjadi seorang isteri yang menjaga keperluan suami. Menyenangkan hati suami dan melayannya. Aku ingin menjadi seorang isteri yang patuh kepada kata-kata suaminya dan menghiburkan serta meringankan beban suami. Aku ingin melihat dia selalu tersenyum dan bersyukur dengan adanya aku di sisinya semua perkerjaanya menjadi lebih indah. Aku cuma mahu saat suamiku berada di sisiku dia sangat tenang dan bahagia. Namun bukan semua itu aku mampu miliki.. Aku seperti sangat kerdil di hadapannya.. setiap yang ingin ku lakukan seperti tidak menyenangkan hatinya. Ya Tuhan apa yang harus aku lakukan lagi untuk menyenangkan hati suamiku..
Memang aku akui, tanggungjawabnya terlalu besar. Beban yang dipikulnya sangat berat. Aku pula hanya melihat dan meminta itu dan ini. Terlalu banyak hal yang terjadi. Tidak tertanggung rasanya. Aku tidak mampu untuk mengungkapkannya. Namun aku merasa lega sekurang-kurangnya hatiku semakin lega berkongsi rasa di sini.
Tak mengapa mungkin esok pasti akan bertambah baik.. sabarlah wahai hati..
* Tetap berdoa, bertekun di dalam doa semula.. dekatkan diri denganNya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment