Saya seringkali hairan mengapa seringkali kita dah tahu bahawa perkara yang kita buat itu tidak betul tetapi kita tetap ingin buat juga.. Mengapa tidak memperbaiki kesilapan itu jika sudah menyedari perkara itu salah? Payah sangat ker untuk mengaku bahawa kita sudah gagal?
Apalah ertinya berbangga dengan semua pencapaian yang diperolehi jika tidak ada damai di dalam hati?
Apalah ertinya megah dengan apa yang kita miliki jika tidak ada sukacita di dalam hati?
Berbaloikah bermegah dengan semua yang diperolehi dengan mengorbankan kebahagian orang lain?


0 comments:
Post a Comment