Selamat Hari Krismas 2010

Penatnya... Sekarang baru balik dari Gopeng sambut Krismas di Kg. Ulu Kampar sambil bercuti di ladang Gopeng.. Memang sangat penat, dahlah mengantuk tapi memang seronoklah. Mulanya ingatkan gereja kg. Ulu Kampar itu dekat juga rupanya boleh tahan jugalah. Sampai naik lenguh kaki nak berjalan. Pengalaman yang memenatkan namun menyeronokkan.

Walaupun tak dapat sambut Krismas bersama keluarga di kampung namun dapat beraya bersama Orang Asli di sana juga memberi peluang yang sangat baik. Bersama mereka mengingatkan saya kepada keluarga saya di kampung. Bagaimana situasi mereka bila sambut di tempat baru tanpa gereja. Saya terdengar khabar dari orang kampung menyatakan mereka seperti tidak dapat merayakan krismas tahun ini namun Puji Tuhan saat terakhir mereka sempat berkumpul juga walaupun tak semeriah mana. 

Merayakan sambutan Krismas tahun ini memberikan saya banyak kenangan yang sangat indah. Pertama kali beraya bersama sepupu, keluarga pak cik betul menyeronokkan. Di Kg. Orang Asli Ulu Kampar kami dijemput datang dari rumah ke rumah. Pada rumah pertama kami datang memang lapar gila. Banyak sekali yang kami makan seperti ingin menghabiskan makan mereka. Padahal tuan rumah sudah mengingatkan bahawa ramai lagi rumah yang kami harus kunjungi. Mungkin sebab perut sudah masuk angin jadi hanya rumah yang pertama sahaja kami berselera makan. Namun untuk tidak menghampakan mereka kami tetap naik ke rumah dan menjamu sedikit hidangan yang mereka hidangkan. 

Memang banyak lagi yang ingin diceritakan tapi mata mengantuk sangat, penat betul.. Nanti sambung balik..

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 • Faith, Love And Hope • Support by Sunduvan