Terima Kasih Tuhan Buat Segalanya..

31.12.2010

Kebaktian Kesyukuran & Tahun Baru

Tahun 2010 sudah berakhir, dalam sekejap masa sahaja ia berlalu. Saya seperti  tidak dapat mempercayai bahawa tahun 2010 sudah berlalu. Umurku pun sudah meningkat. Puji Tuhan saya masih berpeluang lagi untuk menikmati hidup ini. Tuhan Yesus masih memberikan saya peluang sekali lagi untuk meneruskan hidup saya.

Bila saya mengenangkan sepanjang tahun 2010 ini, apa yang telah terjadi di dalam hidup saya, terlalu banyak perkara yang saya alami. Ada yang baik dan ada juga yang buruk. Namun saya mensyukuri atas semuanya kerana saya yakin dan percaya segala sesuatu yang terjadi di dalam hidup saya adalah di tangan Tuhan.

Tahun 2010 ini juga saya banyak diajar untuk terus hidup bersyukur dan percaya kepada Tuhan. Saya sangat bersyukur buat tahun ini sebab ia banyak mengajar saya erti BERHARAP KEPADA TUHAN. Saya tidak boleh berjalan sendiri tanpa campur tangan daripada Tuhan. Sepanjang hidup saya selama ini saya tidak pernah merasakan apa yang saya alami sepanjang tahun 2010 ini. Secara jujurnya selama saya hidup saya tidak pernah merasakan kepahitan dan kekecewaan yang amat perit di dalam hidup saya. Memang benar, apabila kekecewaan itu sudah merantai hidup kita memang sukar untuk kita merasakan kasih Tuhan di dalam diri kita.

Ya, saya sudah mengalami kekecewaan yang amat perit di dalam hidup saya. Mungkin bagi semua orang perkara ini adalah perkara yang biasa-biasa sahaja tapi bagi saya ia sangat berat untuk saya tanggung. Ia seperti membunuh hidup saya. Sepertinya saya tidak mampu lagi untuk meneruskan hidup saya. Ia semua itu terjadi hanya kerana saya ditinggalkan oleh seorang teman yang bergelar KEKASIH… Selama ini saya berpendapat bahawa dialah teman saya yang akan menjadi teman saya sepanjang hidup saya. Saya telah meletakkan hidup saya ke dalam tangannya 100%. Dia jugalah yang menjadi keutamaan di dalam hidup saya selama ini. Dialah segala-galanya bagi saya. Sebab itulah apabila saya ditinggalkan, saya betul mengalami kekecewaan. Berbulan saya mengalami hidup yang tidak menentu, saya menyalahkan Tuhan tidak adil. Saya betul berdosa masa itu. Saya rasakan hidup saya betul tidak berkenan di mataNya. Saya sangat marah. Saat itu saya fikirkan Tuhan tidak mengasihi saya lagi, Dia cakap Dia mengasihi semua orang tapi saya dikecualikan, Dia Mengampuni orang tapi saya tidak diampuni olehNya. Sampai begitu sekali fikiran saya. Saya menuduh Tuhan tidak adil, saya betul jahat sekali. Bahkan semua Pastor yang mengasihi saya pun saya benci dan mengucapkan kata yang bukan-bukan.

Namun kasih Tuhan itu sangat luarbiasa, Dia mengangkat saya dari lumpur dosa. Dia mengubah hidup saya 100%. Dia memberikan pengharapan baru di dalam hidup saya. Hidup saya menjadi baru. Oh Tuhan Yesus terima kasih atas segalanya. Biarlah tahun 2010 ini berlalu dengan penuh pengertian di dalam hidup saya ini. Biarlah kedatangan tahun 2011 ini akan terus bersinar dan memberikan 1 harapan baru di dalam hidup saya.

Tema, Jom ! Naik Tahap... 
Biarlah tema ini menjadi satu motivasi di dalam kehidupan seharian saya. Terus berusaha untuk memuliakan namaNya. 

Haleluya, terima kasih Tuhan..

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 • Faith, Love And Hope • Support by Sunduvan