Cinta Itu adalah satu anugerah daripada Tuhan yang terindah sekali. Seringkali orang menyatakan cinta itu buat apabila seseorang itu jatuh cinta dan tidak melihat yang buruk terhadap pasangannya lagi. Tapi benarkah cinta itu yang buta?? Aku?? Ya dulu aku pernah jatuh cinta pada seseorang, ingatkan dialah cinta sejatiku yang awal dan yang akhir hehehe.. Aku memang sukar untuk mengungkapkan isi hatiku, bagi aku jika orang itu mencintai aku biarlah dia sendiri yang berusaha untuk memenangi hatiku. Jika aku mencintai orang itu aku hanya berdiam diri sahaja dan melihatnya dari jauh. Hmm seperti orang bodoh sahaja. Namun itulah aku.. Aku mulai merasai dicintai ketika umurku 24 tahun , sangat indah apabila dikenang nama semuanya hanya separuh jalan, tiada jodoh kata orang mungkin itulah kebenaranya hihihi. Memang sakit tapi dari situ saya dapat belajar tentang kehidupan.
Itulah cinta manusia yang seringkali bersyarat, namun ada satu kasih, cinta yang tak pernah meminta balasan.. ia hanya memberi dan memberi. Itulah cinta kasih Bapa. Kasihnya tanpa syarat selalu ada. Aku bersyukur mengenaliNya. Hidupku lebih bererti dan bermakna. Aku banyak diajar untuk mengasihi orang lain tanpa mengharapkan balasan daripada orang lain. Ya, memberi lebih baik daripada menerima. Kasih, aku ingin selalu ada dalam dakapanMu, biarlah cintaMu itu yang memuaskan ku, aku ingin selalu mencintaiMu..


0 comments:
Post a Comment