Setelah mendapat khabar kami semua 1 pelayanan pergi ke kg batu, dalam perjalanan saya berfikir apakah masalanya sehingga sampai begitu sekali tindakannya. Setibanya kami di sana saya ternampak kakaknya yang rapat juga dengan saya menangis sambil memeluk saya. Saya tumpang sedih namun hati saya seperti berfikir untuk apa ditangisi kepada orang yang membunuh diri. Itu bukan yang TUHAN inginkan.. TIDAK!!! setiap masalah ada jalan keluarnya. Tidak ada jalan yang tertutup bagi yang mengandalkan Tuhan.. Namun semuanya itu hanya dalam hati saya sahaja. Saya cuba bertanya kepada kakaknya yang merupakan kawan baik saya juga mengapa dia mengambil keputusan seperti itu. Pada mulanya dia menjawab tidak tahu dia cuba menafikan namun saya percaya mesti ada sesuatu yang menyebabkan dia mengambil keputusan seperti ini. Akhirnya dia menjawab, Ya memang sebelum dia minum racun dia meminta kebenaran daripada ibunya untuk nak kawin.. tapi ibunya menjawab nanti dulu, tunggu.. ya kan umur baru 16 tahun. bahkan belum bekerja tak kan nak kawin dengan anak orang tanpa memiliki perkerjaan. Setelah mendengar jawaban dari ibunya, maka dia pergi keluar ke pekan minum mabuk dan setelah mabuk dia terus minum racun.
Saya terfikir, mengapa tak mati terus?? Sebab setelah dia minum racun dia dihantar ke hospital dan ditahan di wad selama 3 hari.. dan akhirnya pihak hospital menghantarnya balik dan selama beberapa hari di rumah dan akhirnya meninggal. Mungkin pada masa itu si mati terfikir menyesal kerana mengambil keputusan yang terburu-buru. Saya merasa seperti dia sebenarnya menyesal dan tersalah langkah sahaja. Dia tak mungkin ingin mati. Namun apa lagi yang harus diperkatakan semuanya sudah terlambat. Satu sahaja harapan saya, semoga dia sempat memohon pengampunan daripada Tuhan sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tuhan sudah memberikan dia peluang selama seminggu untuk bertobat dan meminta pengampunan daripada sebelum dia meninggal. Ya, bunuh diri bukan yang diinginkan oleh Tuhan.
Itulah salah satu sebabnya mengapa alkohol diharamkan.. Apabila tubuh kita dimasuki alkohol maka hidup kita d luar pertimbangan sudah. Ibarat hidup kita dikawal oleh iblis dah.. Makanyaaaaaaaaaa jauhi semuanya itu..Pengajaran buat kita semua.. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.. Seberat mana pun masalah yang kita alami masi ada TUHAN yang sanggup menolong kita. DIA siap untuk menolong dan membantu kita. Jadi terus mengandalkan Tuhan. Jangan berjalan dengan kekuatan sendiri.


0 comments:
Post a Comment