Hari yang baru sekali lagi Tuhan berikan buat saya. Thanks God. :)Ingatkan kena marah rupanya tak juga syukurlah semuanya baik-baik ja. Tapi tekanan banyak, keja berlambak sehingga saya tak tau mahu buat yang mana satu terlebih dahulu.. dah akhirnya satu apa pun saya tak buat hehehe apalah,
Apa yang harus aku lakukan ya Tuhan, aku takut.. Aku takut aku tak mampu melakukan semua ini, terkadang aku rasa mereka mengambil kesempatan atas kebodohan aku. Aku akui aku memang sukar untuk menolak ataupun mengatakan TIDAK apabila disuruh oleh mereka untuk melakukan pekerjaan itu padahal aku tidak mampu untuk melakukannya. Keletihan dan kelesuan semakin aku rasakan setiap hari. Aku perlukan semangat baru dariMu Tuhan, tolong aku. Aku semakin buntu.. Kadang kala aku merasa mereka tidak pernah menghargai apa yang aku lakukan selama ini, bodoh sangatkah aku... :( Aku tak mau lagi menjadi seperti ini sampai bila Tuhan aku harus bergumul dengan situasi dan keadaan ini. Tolong, tolong aku..
Aku sangat mengasihi mereka, dan sebolehnya aku ingin membahagiakan semua orang yang berada di sekitar aku tapi mereka seperti tidak melihat aku.. Siapalah aku ini kan.. Namun aku tahu Tuhan, Engkau mengasihi aku. Hanyalah Engkau harapanku Tuhan. Berikan aku kekuatan dan semangat baru. Satu hal yang aku temui hari ini, mereka seperti memperlekehkan pekerjaan aku. Aku kah yang salah?? Aku sudah tidak mampu lagi untuk meneruskan semua ini.. Jika ini memang rencana Engkau ya Tuhan untuk aku terus berada kekal dalam pelayanan ini, tolong bantu aku.. Berikan aku hati yang kuat setegar karang pimpin langkah ku dan permudahkan jalanku ya Tuhan.

0 comments:
Post a Comment