Peace ^_^ ( Karangan Terbaik & Penghayatan Mantap )

Mengapaaaaaaaaaaaaaaa saya melalui situasi seperti ini lagi, situasi yang paling saya takuti terjadi di dalam hidup saya.. Saya tak mahu lagi melalui saat-saat itu.. Tuhan tolong saya. Kuatkan dan teguhkanlah iman saya.. Saya pasti boleh.. Ya Pasti. Tak mungkin saya boleh kalah dengan keadaan ini. Tenanglah wahai hati ini, teruskan.. masih ada keluarga yang berada di samping saya. Mereka mengasihi saya dan memerlukan saya. Jika dia tidak menginginkan saya, masih ada keluarga yang selalu berada di sisi saya kan.. :)

Dia bukan untuk ku, walau sedalam mana perasaan ini terhadapnya namun ia tak akan bernilai jika hanya saya yang memiliki perasaan seperti itu. Semangatlah, senyum itu kan penawar duka. Wahai angin lalu bawalah perasaan ini jauh dari lubuk hati ku.. Jangan biarkan ia merantai jiwaku, kesian kat hati ini sudah terlalu banyak parut yang ada. Tabahlah engkau wahai hati ku. Engkau sangat bernilai bagiku. Tanpamu hidupku pasti akan tak bermakna. Orang kata masa itu adalah ubat yang paling mujarab dalam melupakan sesorang, ya memang betul. Hari ini pasti akan sakit, tapi esok lusa ia pasti akan menjadi baik-baik saja kan. Cayooooo, semangatttttttt... Tapi mengapa ia sangat sakit.. Tarik nafas, tenang.. 1, 2, 3,.... oh mata, jangalah memalukan tuanmu.. Jangan biarkan mutiara indah itu keluar darimu.. mengapa kamu semua tak berkerjasama dengan saya ini hehe.. tak baik melawan boss.. Matahari tetap akan terbit pada esok hari,jadi jangan risau.. jangan banyak berfikir buat hari ini. Kan masih ada esok untuk kita lalui bersama??

Baiklah hati, hanya untuk hari ini sahaja kamu sakit tapi esok bila kamu dah bangun kamu harus kuat ok. Sekarang kamu boleh menangis atau pun apa sahaja tapi esok janji tak mahu seperti ini lagi. Mata, kamu boleh keluarkan mutiara indahmu itu tapi hanya untuk malam ini sahaja ok. Esok kamu juga harus terus bersinar. Saya perlukan kekuatan dari kamu semua untuk meneruskan perjalanan kita bersama. Jadi, kita harus tolong menolong di antara satu dengan yang lain. Untuk apa ditangisi, saya sendiri yang ingin mencuba kan hehe, tiada yang memaksa saya. Sekurang-kurangnya, belum terlambat lagi untuk saya berpatah balik.

Rindunya di kampung, hehehe rindunya kat mama di kampung, selalunya bila saat-saat seperti ini walaupun saya sudah dewasa tapi dia tetap menganggap saya anak kecil yang memerlukan belaian dan pelukan. Makkkkkk, saya rindu.. kalaulah dekat saya mahu dalam pelukanmu. Tapi tidak mahulah, nanti mereka bersedih lagi melihat saya yang selalu begini. Appa, saya tahu walaupun appa tak tahu bagaimana untuk mengungkapkan kata-kata sayang dengan saya namun, saya tahu dari setiap gerak tubuhmu menunjukkan appa benar-benar menyayangi dan mengasihi saya. Saya melihat situasi itu dulu saat saya ada masalah kamu semua menangis bersama-sama saya. Tapi jangan risau sekarang anakmu sudah kuat. Saya pasti tidak akan menghampakan keluarga saya lagi. TIDAK !!

Hidup ini terlalu bermakna untuk saya sia-siakan. Tidak akan. Saya mahu baca novel. Tapi saya tiada novel terbaru. Saya mahu melupakan semua kesedihan ini. Mahu pergi berjalan hmm tiada budget pula kesian hehehe.. Saya mahu makan. SAYA MAHU MAKAN BANYAK-BANYAK.. tiada duit wakakakakakaka.. apa yang saya boleh lakukan tanpa menggunakan duit hehehe, tak kan plk menangis melalak, buat apa tak patut, tak patut.. It's Over..

# Agak-agak kalau saya balik kampung dan minta tolong mak ayah di kampung untuk carikan saya seseorang yang boleh menerima saya apa adanya saya mereka setuju tak ar.. Hmm, orang cakap lagi berkat jika pilihan keluarga. Mungkin boleh dipraktikan hehe.. Saya sudah penat melalui semua ini. SAYA PENAT !!

PSTT... CERITA INI REKAAN SEMATA-MATA, TIADA KAITAN DI ANTARA YANG HIDUP MAHUPUN YANG SUDAH MENINGGAL HEHE.. KALAU SESIAPA YANG TERJUMPA DAN TERBACA ENTRY INI, APA PENDAPAT KORANG, BOLEH JUGA KAH PAKAI SAYA PUNYA PIKIRAN EKEKEEKEKE... JANGAN TERTIPU, TIPAH TERTIPU LAGI ^_^

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 • Faith, Love And Hope • Support by Sunduvan