Syukur buat hari ini, hari baru yang Tuhan berikan buatku.. Syukur ada lagi kesempatan buat saya untuk terus menikmati berkat-berkatNya di muka bumi ini. Tanpa kasih dariNya tak mungkin saya masih dapat menulis di sini. Entah kenapa saya merasa sedikit kesal dalam diriku. Aduhailah perasaan ini selalu jer tak setabil. Peningnya kepala saya, serabut dengan kerja dan macam-macam lagi. Rasa teda mood jer nak buat apa-apa. Terasa ingin menulis sepanjang hari membaca novel sambil mendengar lagu-lagu cinta.. Alangkah indahnya kan suasana itu. Sedarlah ko bukan anak orang kaya, kalau tak berkerja macam mana mau tolong keluarga di kampung dan diri sendiri. YES!!
Bila sendirian seperti ini saya teringat kembali masa-masa saya yang dulu.. Saat saya ditinggalkan begitu sahaja tanpa saya mengetahui apa salah saya hanya kerana dia sudah tidak satu tempat kerja dengan saya dia mahu memutuskan perhubungan dengan saya. Saya ditinggalkan hanya dengan satu SMS " Nie maafkan Bie... sampai di sini sahaja perhubungan kita.. bie lepaskan nie" Hancur angan ku selama ini. Hehe, segala apa yang ku impikan hancur berkecai. Bodohnya aku masa itu, tidak dapat menerima kenyataan tentang perpisahan. Selama berbualan-bulan saya menyeksa diri sendiri dan menyalahkan Tuhan. Sangat naif sekali. Namun syukur saat ini, saya sudah belajar untuk menerima semuanya. JIKA PASANGANMU DIRAMPAS ORANG LAIN. JANGAN BALAS DENDAM ATAU BERDUKA TETAPI RELAKAN DIA PERGI, KERANA PASANGAN YANG BAIK TIDAK AKAN MUDAH DIRAMPAS OLEH ORANG LAIN KECUALI JIKA DIA YANG MEMBENARKANNYA. Betul kan hehe, syukurlah nak.. Saya melepaskan semuanya biar hati saya diubah. Betullah kata orang pengalaman mengajar erti kehidupan tapi kehidupan pula tak seindah dan secantik ceritera.. Kekadang penuh dengan warna ceria seindah sang pelangi dan adakalanya mendung berarak menutupi sinar sang suria. Segala yang berlaku pasti ada hikmah tersendiri.
Tanpa kita sedari, Tuhan sentiasa memerhatikan kita, sentiasa menguji kita, supaya kita menjadi insan terpilih bersamanya kelak di syurga. Pengalaman banyak banyak mengajar kita erti bersyukur dengan apa yang kita terima darinya. Sehingga kita tahan dalam setiap ujianNya serta kita menjadi murni. Ya Tuhan ampuni atas kelalaiku selama ini, berikan ku hati seperti hatiMu yang penuh dengan belas kasihan, berikan ku mata seperti mataMu memandang tuaian di sekeliling.. berikan ku tanganMu untuk melakukan tugasMu, berikan ku kakiMu melangkah dalam rencanaMu, berikan ku, berikanku hatiMu.. Ya, saya mahu hati yang baru. Biar segala kenangan itu menjadi kenangan yang terindah di dalam hidupku. Boleh kan macam itu :)
Jauh di sudut hatiku, terdetik satu kekesalan mengapa lambat untuk ku memahami semuanya. Menyalahkan keadaan dan memudaratkan kesihatan diri. Syukur saya tak bertindak bodoh. Memberi kemenangan kepada iblis. Ya, walaupun semuanya sudah berlalu saya masih tertanya-tanya mengapa ada orang yang boleh melakukan seperti itu. Sudah bersama mengikat janji namun melepaskannya dengan begitu sahaja. Tanpa ada kekesalan dan kesedihan. Apakah semuanya itu dapat dilenyapkan dengan kehadiran orang baru di sisinya. Hebat sangatkah kehadiran orang itu sampai menutupi semua pengalaman bersama teman lamanya. Apakah kesalahan orang itu sehingga dibiarkan begitu sahaja tanpa belas kasihan. Boleh kah saya melakukan seperti itu????? hehehe, jangan jadi bodoh mempermainkan hati dan perasaan orang lain adalah bukan sikap yang baik. Sudahlah cukuplah itu mengenang kisah lama. Untuk apa dikenang pada sesuatu yang hanya menyakitkan hati sahaja. Hmm, menyakitkan hati ker? Tak adalah, mungkin dulu ya. tapi sekarang bila saya ingat itu semua saya akan tersenyum sendiri. Syukur. Banyak yang saya belajar. Kalau bukan kerana pengalaman itu, saya tak mungkin seperti ini. Boleh bersyukur dan memahami erti kehidupan. Dulu ada orang pernah cakap dengan saya, untuk mendapatkan pasangan yang tepat berada di sisi kamu, lepaskan dulu pasangan kamu yang salah itu. Saya terkejut, dan mulanya tak dapat menerima apa yang dia cakap namun setelah hari ini saya bersyukur sebab saya tak bersama-sama dengannya kalau tak hidup saya pasti akan hancur.
Mengenali seseorang itu kadangkala membuat kita tertawa dan kadangkala membuat kita mengalirkan airmata..
Mengenali seseorang itu juga mampu memberi kita sejuta rasa marah...
sejuta rasa sedih...
sejuta rasa gembira...
sejuta rasa sayang...
dan sejuta rasa rindu...
Sedarilah mengenali seseorang itu sebenarnya 1 anugerah , biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara...
Jangan lihat masa lalu dengan penyesalan, jangan pula melihat masa depan dengan ketakutan, tapi lihatlah sekitarmu dengan penuh kesedaran..
SEMANGAT !!!!!!!!


0 comments:
Post a Comment