Hari ini umur ku meningkat setahun lagi..
Syukur aku masih diberikan kesempatan oleh
Tuhan untuk terus bernafas, menikmati hidup ini n melayani Tuhan.
Umur semakin meningkat dan aku harap dengan
bertambahnya umurku ini, aku akan semakin
matang dalam perhubungan aku dengan Tuhan.
Mengimbas kembali hari-hari berlalu banyak pengalaman yang aku lalui.
Aku bersyukur, Tuhan Yesus tidak pernah melepaskan aku.
Aku selalu dalam perlindunganNya.
Bila sahaja hari jadi aku, aku tak tahu mengapa aku selalu sahaja rasa ingin menangis.
Aku tahu aku harus bersyukur dengan hari ini.
Aku menjalani hidup setahun lagi.
Namun saat-saat ini aku teringat kepadanya.
Aku tiba-tiba rindukan dia.
Aku tak tahu mengapa perasaan ini wujud dalam hati aku
padahal sudah lama hal ini berlalu tapi hati akau selalu teringat dia saat aku menyambut hari jadi aku.
Aku langsung tak boleh tidur semalam, aku berharap sangat dia menghubungi aku.
Sekurang-kurangnya mengucapkan selamat hari lahir kepadaku. Hmm hanya mimpi yang tak akan menjadi kenyataan. Tapi tidak mengapalah, sekurang-kurangnya aku mengingati dia.
Hehe, apalah aku ini...
Tapi itu cerita dulu kan.. bagaimana dengan cerita sekarang???
Hehe dia orang yang sudah mengambil alih tempat di hati aku, yang menggantikan tempatnya di hati aku, namun dia seorang yang tak berapa aku kenali.. Aku mencintainya bukan kerana rupa parasnya. Tapi aku mencintainya kerana dia yang selalu ada buat aku. Walaupun terkadang ada masanya aku tak suka dengan sikapnya namun itu kan lumrah manusia, tp ini mengajar aku untuk selalu menghargai dia.
Hidup ini bukan seperti yang kita selalu harapkan. Mungkin hari ini aku mengalami seperti ini tapi ini bukan pengakhiran hidup aku bukan. Matahari tetap akan terus bersinar esok seperti hari ini. Walaupun kadang kala awan menutupinya tapi dia akan tetap terus cuba bersinar. Aku ingin seperti itu. Bersinar untuk kemuliaan bagi Tuhan.
Tuhan,
di hari ini aku bersyukur kerana Engkau menyertai aku, perjalanan hidup aku Engkau selalu sertai. Tuhan Yesus sempena hari jadi aku ini, aku ingin memohon sesuatu dariMu
Biarlah hidup aku akan sentiasa dalam perlindungan Engkau
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment