Kekecewaan???

Hari ini aku sangat diberkati oleh Firman Tuhan yang disampaikan di kebaktian di Gereja yang aku ikuti.. Tuhan selalu punya cara untuk menolong kita.. Firman itu sangat terkesan di dalam peribadiku saat itu. Segala persoalan yang selama ini seringkali aku tanyakan kepada Tuhan seperti dijawab pada hari ini. Syukur Tuhan itu sungguh dahsyat luarbiasa sekali..

Ya, setiap kita manusia ada masa-masa sukar dalam hidup kita. Ada masa-masa kita lemah dan sangat tertekan sekali. Pergumulan sangat berat sepertinya kita tidak mampu lagi untuk berdiri dan berhadapan dengan lain. Hanya perasaan kekecewaan dan putus asa yang menghimpit kita. Aku akui, memang sejak akhir-akhir ini aku seringkali hilang fokus pada Tuhan. Aku seringkali merasakan yang Tuhan itu tak adil. Seperti emosi itu menguasai seluruh kehidupan aku. Aku merasa yang Tuhan itu seakan-akan jauh dari aku. Setiap doa yang ku ucapkan seperti tiada yang didengar oleh Tuhan. Sungguh saat itu aku betul rasa hidup aku kosong. 

Syukur puji Tuhan, aku semakin dipulihkan.. saat ini aku tahu walau seberat mana pun situasi aku, aku harus menerima itu dengan berfikiran positif. Tuhan Yesus yang aku sembah itu adalah Tuhan yang adil, yang tak pernah meninggalkan aku bahkan tak akan pernah mempermalukan aku. Aku mengaku, aku berdosa di hadapan Tuhan. Kerana aku membiarkan diri aku menyambut cinta orang lain yang sudah memiliki orang lain. Semua itu kesilapan aku sendiri. 

Aku sangat bersyukur kerana dikelilingi oleh orang yang selalu ada di sisi aku, mendoakan aku dan selalu memperhatikan aku. Saat aku lemah, saat seperti aku tidak memperdulikan sekeliling aku mereka memperingatkan aku kembali. Di saat-saat aku merelakan emosi menguasai aku dan membiarkan suasana itu menenggelamkan kehidupan aku ramai orang yang memulihkan semangat aku kembali. 

Pastor itu cakap, jangan biarkan emosi itu menguasai kehidupan anda. Tidak ada satu pun manusia di dunia ini yang tidak mengalami saat-saat sulit di dalam hidup mereka. Pasti ada masa-masa sukar mereka walaupun dalam berbagai bentuk masalah. Tidak ada satu orang pun yang akan dapat mencapai peningkatan iman itu dengan baik-baik sahaja. Kebahagian yang kita perolehi itu akan datang namun memerlukan pengorbanan. Ada harga yang harus kita bayar. Aku percaya hal itu. Setelah kita berjaya melalui masa-masa sulit kita, 1 tahap iman kita akan bertambah. Itu adalah sesuatu yang sangat manis.

Ada masanya pemulihan itu harus kita kejar, cari.. bukan menangisi atau meratapi kekecewaan itu. Tidak salah kita berhadapan dengan masalah kerana itu akan mendewasakan kita. Jangan bertangguh-tangguh, lakukan itu.. Jika kita berdosa di hadapan Tuhan, minta pengampunan daripadaNya.. Rasa berdosa, tidak layak itu akan selalu muncul di dalam hati saat-saat kita tidak berani mengakui dosa kita di hadapan Tuhan. Mohon pengampunan daripadaNya. Itulah yang seringkali aku lakukan. Aku mohon pengampunan daripadaNya. Aku mengakui setiap dosa-dosa aku di hadapan Tuhan. 

Jangan  bertangguh-tangguh, akhiri rasa kecewa. Walaupun kekecewaan itu hanya sedikit ataupun kecil sahaja pada mulanya tapi itu adalah titik permulaan iman kita jatuh jika kita tidak menyelesaikan kekecewaan itu dengan segera. Kekecewaan itu harus dirawat supaya ia tidak akan melumpuhkan kehidupan kerohanian kita. Jangan sampai kita semakin tertekan, kecewa dan kita akan berkata Ya Tuhan, cukup sudahlah semua ini.. Terus datang kepada Tuhan.. Pasti Tuhan akan buka jalan. Secara jujurnya, saat ini aku sangat kecewa dengan diri aku sendiri. Aku gagal untuk mengawal emosi aku, fikiran aku, perasaan aku. Aku membiarkan kekecewaan itu menguasai hidup aku. Setiap saat aku meratapi nasib diri aku. Sehingga aku lupa siapa itu Tuhan. Tuhan Yesus itu boleh menolong aku. Dia pasti ada jalan untuk menolong aku dan melepaskan aku daripada segala kesulitan yang aku alami. 

Syukur, aku sangat diberkati.. Aku rasa dipulihkan. Walaupun bukan 100% tapi aku yakin yang aku pasti akan ditolong oleh Tuhan secara total dalam masa-masa terdekat ini. Asalkan aku yakin dan percaya kepada Tuhan. Apa pun yang aku alami saat ini, aku mau percaya Tuhan selalu memperhatikan aku. Tuhan Yesus, tolong jaga hati aku ini. Iman aku tolong perkuatkan ya Tuhan. Aku serahkan masa depan aku ke dalam tanganMu.

Dalam segala perkara
Tuhan punya rencana
Yang lebih besar dari
Semua yang terfikirkan

Apa pun yang Kau perbuat
Tak ada maksud jahat
Sbab itu ku lakukan
Semua denganMu Tuhan

Ku tak akan menyerah
Pada apa pun juga
Sebelum ku cuba
Semua yang ku bisa

Tetapi ku berserah
Kepada kehendakMu
Hatiku percaya
Tuhan punya rencana...

Terima kasih Tuhan Yesus... Aku mahu terus berjalan bersama-sama dengan Engkau..
Pimpin langkah hidupku Tuhan. Jangan tinggalkan aku dan jangan lepaskan aku.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 • Faith, Love And Hope • Support by Sunduvan