Sedetik
sudah berlalu, perasaan aku dibuai-buai oleh angin lalu.. Aku cuba mencari di
mana hilangnya keceriaan itu. Namun tak ku temukan di mana ia menghilang.
Apakah ini semua salahku?? Atas sikap dan kelakuan ku yang tidak pernah
mengawal emosi dan perasaan aku?? Aku tahu, aku salah kerana terlalu ikutkan
perasaan. Aku sangat sedih. Perasaan aku bercampur aduk. Aku rasa kehilangan
yang teramat dalam. Aku ingin menangis namun tidak ada air mata yang ingin
keluar dari kelopak mataku. Aku kehilangan seseorang yang sangat ku cintai.
Melihat situasi pada hari ini aku terasa terpukul sekali untuk menghubunginya
namun ku tahan hati untuk melakukannya. Aku ini meluahkan kesedihan yang ku
alami. Aku ingin menangis di dalam pelukannya. Aku ini sekali berkongsi rasa yang
aku alami saat ini. Aku ingin dia di sisi aku menenangkan aku dengan
kata-katanya walaupun terkadang kata-katanya lebih banyak yang memerintah dan
memaksa aku namun aku sudah biasa dengan kehadirannya. Aku rindukan saat itu.
Hari
ini, aku semakin tersiksa apabila melihat salah seorang adik yang selama ini
kami jaga yang tinggal di asrama selama setahun bersama kami pergi tanpa
amaran. Dia pergi secepat kilat. Pergi yang tak kami duga langsung. Aku masih
ingat sebelum aku balik ke kl, dia sempat bergurau dengan aku.. “ Kak As, nak
ikut.. aku malas nak sekolahlah nk balik kampung balik,” katanya.. aku yang
selama ini memahami sikapnya yang selalu bergurau denganku tak ambil kisah
dengan situasi itu bahkan aku menjawab .. jangan nk mengarut, belajar baik-baik
jangan main jer.. dan dia hanya tertawa dengan kuat.. dan lambaian tanganya
sewaktu aku naik ke kereta itulah yang terakhir pula.. esoknya aku dikejutkan
dengan berita pemergiannya. Aduhai adik Hamidie, secepat itu engkau
meninggalkan kami di sini.
Saat
ini aku terfikir hidup manusia ini singkat, jika pada saat ini Tuhan mengambil
nyawa kita hanya dengan sekelip mata sahaja. Tanpa amaran dan tanda-tanda. Aku
tak takut dengan kematian namun aku ingin sebelum aku pergi aku ingin
membahagiakan semua orang yang ada di sisi aku. Aku ingin menggapai semua
impian aku, janji-janji aku dan mimpi aku. Aku ingin berada di sisi orang yang
aku sayang. Jika semua impian itu tercapai rasanya tak akan ada kekesalan lagi
dalam hati aku. Namun mampukah aku merealisasikan semua impian dan angan-angan
aku itu??? Aku sangat merindukan dia, apakah dia juga mempunyai perasaan yang
sama seperti aku?? Ataupun inilah masanya yang dia tunggu-tunggu aku lakukan
supaya dia tak terikat dengan aku lagi. Ya jika itu takdirnya aku tak mampu
untuk melakukan apa-apa lagi. Cuma aku kesal kerana perkara ini terjadi di
saat-saat banyak yang aku kehilangan. Sepertinya semua orang di sekeliling aku
meninggalkan aku.. Adik Hamidie, kak as
mengasihimu.. kak tau, engkau pergi bukan ke tempat yang teruk namun kak yakin
engkau pergi kepada Bapa di Syurga.. Suatu saat nanti kita pasti akan berjumpa
kembali bersama Bapa di Syurga. Tenanglah engkau di sana.
Hatiku,
engkau juga harus bertenang.. bertenanglah.. Segala sesuatu ada waktunya.. Aku
yakin, suatu nanti hati ini pasti akan sembuh juga dari kesakitan ini. Mungkin
saat ini engkau rasa sangat terluka, menderita, sedih dan seperti tidak mampu
untuk melakukan apa-apa lagi. Namun yakinlah kepada Tuhan, ini adalah proses di
mana engkau dibentuk menjadi suatu bejana yang indah di hadapanNya. Tuhan Yesus
tahu apa yang terbaik buat kita kan.. Dia pasti tidak akan membiarkan kita
menangis menanggung kesedihan ini melebihi kekuatan yang kita miliki. Aku yakin
kita mampu menghadapinya wahai hatiku.. Ambil masa, bertenang dan terus
berharap kepada Tuhan Yesus. Pandang kepadaNya. Dia bukan milik kita lagi, dia
milik orang lain. Usah dikenang atas setiap yang kita lalui bersama. Dia lebih
bahagia bersama temannya. Jangan lagi dikenang ya.. Jadikan itu semua sebagai
kenangan terindah di dalam hidup kita. Hatiku, jangan lagi menyimpan perasaan
terhadapnya.. Antara kita dengannya ada jurang perbezaan yang mendalam. Dia
seorang yang rajin hehe tapi ko pemalas hihi.. Bukan itu lagi, banyak lagi
perbezaan di antara kamu berdua. Jadi jangan kesali apa yang terjadi tapi
syukurilah atas semuanya.
Tuhan
Yesus, aku mengaku saat ini aku sangat sedih, terluka dan hatiku remuk. Saat
ini aku bawa hatiku kepadaMu ya Tuhan.. Tolong bungkus dengan kuasa darahMu,
pulihkan ia kembali menjadi seperti yang Kau inginkan. Tolong Tuhan aku sudah
tidak larat untuk melakukan apa-apa pun tanpa pertolongan daripada Engkau. Aku
berserah kepadaMu Tuhan. Lakukan sesuatu dalam hidupku.. Aku ingin bebas dari
semua ini, aku ingin menjadi seperti yang dahulu, seorang yang periang dan
mudah berpuas hati dengan apa yang ku miliki tanpa ada keraguan, trauma
terhadap orang lain. Tolong aku Tuhan Yesus....


0 comments:
Post a Comment