Lamanya tak update blog... Hmm, kemalasan dan kesibukan melanda sebenarnya. Terlalu banyak yang ingin ku ceritakan dan kongsikan. Tak tahu nak mulakan dari mana. Hari ini sudah 4hb Januari 2013.. Tahun baru yang Tuhan berikan kepada kita semua. Apa yang aku lalui dalam hari2 yang telah berlalu. Aku bersyukur kerana aku diberikan kesempatan yang baru lagi oleh Tuhan Yesus untuk menikmati hari yang baru di dalam hidup aku. Syukur....
Setiap tahun yang baru ramai orang yang selalu menanam azam di dalam diri untuk dicapai pada tahun itu. Aku???? Apa azam baru aku?? Hmm, aku tak tahu rasanya banyak yang ingin aku capai di dalam hidup aku, yang ingin aku lakukan. Terlalu banyak keinginan hehe namun biarlah semuanya itu berjalan sesuai dengan rencana Tuhan :)
Peribadi aku?? Aku melihat teman lama ku akhirnya berkahwin dengan pilihan hatinya. Aku masih ingat sewaktu aku berjumpa dengannya.. dia menyatakan bahawa perempuan itulah yang dia pilih untuk menggantikan aku.Bahkan sebelum hubungan kami putus dia sudah menjalinkan hubungan dengan perempuan itu. Namun ada suatu saat dia memutuskan perhubungan dengan perempuan itu juga kerana dia menyatakan perempuan itu seorang yang suka keluar malam pergi bersosial dan dia menyatakan menyesal menduakan aku sehingga perhubungan kami putus. Namun inilah jodohnya, akhirnya dia berkahwin juga dengan perempuan. Apapun tahniahlah :) walaupun aku pernah berjanji bahawa jika salah seorang di antara kita yang menikah terlebih dahulu yang seorang lagi harus datang ke majlis perkahwinan itu untuk merestui namun aku tak menunaikan janji itu. Bukan aku tak menerima kenyataan atapun tidak merestui perkahwinan itu namun banyak hal yang aku harus selesaikan pada hari itu. Hanya melalui angin lalu ku sampaikan ucapan semoga engkau berbahagia bersama temanmu. Ketahuilah, apa pun yang terjadi antara kita aku sudah mengampuni dan memaafkan engkau. Semua itu aku sudah lupakan. Doaku semoga kebahagian itu menjadi milikmu.
Hmm, memang sukar untuk aku mengambil keputusan dalam sesuatu hal. Sejujurnya seperti ada suatu perasaan trauma dalam diri aku apabila aku berhubungan serius dengan lelaki lain namun lelaki itu mempunyai hubungan dengan perempuan lain. Ya, aku takut ditinggalkan di saat-saat aku sudah menyerahkan seluruh kehidupan aku kepadanya. Aku memang tidak ingin peristiwa itu terjadi di dalam hidup aku. Walaupun sedalam mana cinta dan sayangnya aku kepadannya namun ia tak dapat menghilangkan perasaan ketakutan yang merantai hati aku, jiwa aku, emosi dan perasaan aku yang sesungguhnya. Aku takut. Aku tak ingin ditinggalkan.
Terkadang, aku ingin menyatakan kepadanya jangan tinggalkan aku.. aku akan cuba menjadi yang terbaik buatmu setia kepadamu namun aku tahu semua itu pasti tak mungkin. Aku mencintaimu. Mengapa selalu aku bersikap begini?? Aku tak mahu sebenarnya bersikap seperti ini.. sikap yang entah apa-apa namun aku cuba ingin melindungi diri aku. Aku tak ingin disakiti lagi. Apabila dengan nyata engkau menyatakan bahawa engkau tak ingin menyakiti perasaan dia aku tahu saat itu aku sudah kehilangan engkau. Engkau tak sanggup pun melihat dia terluka tapi aku.. engkau tak pernah mengerti hati dan perasaan aku. Aku terluka.. Aku cuba untuk menerima semuanya itu dengan tenang apabila engkau menyatakan bahawa engkau akan meninggalkannya dengan perlahan-lahan tapi sampai bila.. Aku tak ingin menjadi orang ketiga dalam sesuatu perhubungan orang lain. Aku tahu saat ini aku sangat tertekan. Aku sudah biasa dengan adanya engkau di sisi aku. Menemani hari2 aku. Mengingatkan aku tentang apa yang harus aku lakukan. Namun bolehkah aku berkongsi kasih dengan orang lain suatu hari nanti. Tak akan mungkin kan.. Tak mengapalah aku tahu suatu saat nanti aku pasti akan pulih. Walaupun cara aku tidak betul. Seperti aku sangat teruk di hadapannya namun hanya ini cara sahaja yang dia akan rela melepaskan aku. Biarlah dia melihat aku seorang yang sangat teruk dan tak layak untuk berada di sisinya.
Mungkin sudah banyak yang dia ketahui dalam kehidupan aku namun, aku yakin dia seorang yang baik juga tak akan mempermalukan aku. Jika dia buat juga apa lagi yang mampu aku katakan hanya membiarkannya sahaja. Biarlah semua itu berlalu. Aku pasti aku akan mampu untuk bertahan. Tuhan Yesus pasti tolong aku. :)
Di awal tahun baru ini, biarlah aku memulai sesuatu yang baru di dalam kehidupan aku. Melepaskan dan meninggalkan semua kelukaan di dalam hidup aku. Memulakan sesuatu yang baru. Walaupun memang aku tau bukan senang untuk aku melupakannya namun aku tahu ini semua adalah permulaan baru di tahun baru ini. Melupakan semuanya dan memulakan sesuatu yang baru.
Tahun 2013, aku ingin melakukan semuanya dengan lebih baik lagi, berjalan bersama-sama dengan Tuhan, mengandalkan dia 100% , melangkah ke hadapan bersamanya. Aku ingin sesuatu yang baru dalam hidupku. Tuhan Yesus, kuatkan iman aku. Teguhkan hatiku daripada setiap kesakitan dan kelukaan. Ambil balik rasa cinta yang mendalam di dalam hati ini untuknya. Biar kesakitan ini perlahan-lahan menjadi suatu kenikmatan dalam kehidupan aku. Apapun yang aku alami saat ini, aku mau terus berharap kepadaMu Tuhan. Tolong aku, biar aku dipulihkan semula dengan kasihMu..
Damailah engkau wahai hatiku..
akan disambung.. mulakan berkerja.. sibukkan diri dengan kerja :)
# Hari ini aku masih merindui dan mengingati engkau.. semangat di hari pertama :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment