Semakin aku cuba mengusir engkau jauh dari hidupku semakin kerinduan itu mengikat aku. Mengapa situasi ini berterusan dalam hidupku?? Apakah aku tidak layak untuk mengecapi kebahagian seperti orang lain. Agaknya memang betul aku ini dibutakan. Biarlah, aku yakin semuanya pasti akan beransur baik. Antara aku , kau dan dia hehe sesuatu perhubungan yang sangat menyeksakan. Hari ini, satu hal yang aku fahami... aku harus bertahan. Kesibukan dan pergaulan dengan orang lain boleh membuat aku leka dan tak akan mengingati mu selalu. Walaupun ia memang sakit dan teramat sakit namun aku harus mengakhiri semuanya ini.
Semangattttttt, hehe... aku sebenarnya hairan dengan situasi yang terjadi di dunia ini. Kadang aku hairan mengapa sepertinya semua hal yang terjadi seperti tidak adil??? Orang yang cantik selalunya mendapat perhatian dari orang lain. Selalu mendapat apa yang dia inginkan, selalu menjadi rebutan orang. Walaupun kadang dia mempunyai sikap dan perangai yang buruk namun semua itu dapat ditutupi dengan kecantikan yang dimilikinya. Sangat hebat bukan. Bahkan yang lebih teruk lagi dia boleh mempunyai ramai teman lelaki dan itu tiada apa-apa bagi mereka. Kecantikan itu memang satu bonus baginya. Semua orang akan melayan, memberi perhatian kepadanya. Hanya dengan satu perkataan sahaja lelaki akan menjadi cair kepadanya.. Namun bagaimana dengan mereka-mereka yang tidak memiliki rupa paras yang cantik. Syukur jugalah tidak cacat.. Mereka hanya memiliki hati... Namun hati itu bukannya dapat dilihat dengan mata kasar.. jadi apa yang terjadi?? Golongan mereka akan dipinggirkan, diasingkan dan mereka hanya dapat bergaul dengan orang yang seperti kelompok mereka.. Kasihan bukan... Terkadang aku merasa cemburu dengan mereka yang cantik.. mereka pandai berkata-kata, pujuk memujuk dan sebagainya hehe.. Apa agaknya yang jadi jika aku menjadi seperi mereka.. Menjajah cinta untuk mendapatkan simpati daripada orang lain. Menggunakan kesempurnaan muka untuk mendapatkan cinta dari orang yang diinginkannya. Sangat mengharukan bukan hehe.. Tak dapat aku bayangkan dan jangan lakukan itu.
Syukurlah nak..jangan merungut hehe, hidup di dunia ini bukan untuk kita sahaja, tapi ramai orang lain lagi. Ketika kita diperhadapkan oleh dua macam situasi fikirlah dengan tenang jangan sesekali mengambil keputusan yang penting saat fikiran kita terganggu. Hmm, apalah aku ni.. rehat dululah esok sambung lagi..
Bersambung......


0 comments:
Post a Comment