Yang Terindah

Mulakan hari anda dengan senyuman hihihihi ^_^ ... senyum dan tak perlu kata apa-apa. Senyuman itu mempunyai seribu satu makna. Kadang kita tersenyum tapi hati kita menangis. Tersenyum mampu memberikan kita semangat untuk terus maju walaupun hati kita sakit. Dengan senyuman juga, orang akan mudah berkawan dengan kita. Tapi jangan senyum sendiri, nanti orang cakap kita tak betul pula hehehe.. Hari ini entah esok lusa kita tidak mampu lagi untuk tersenyum. Selagi berkesempatan tersenyumlah :)

Aku sudah mulai memahami sedikit demi sedikit apa ertinya yang aku alami. Seringkali aku bergumul dengan banyak hal. Hati aku sakit. Berfikir yang bukan-bukan hehe selalunya yang jadi mangsa adalah adik aku yang selalu ada buat aku, mendengar setiap keluhan dari aku. Dia seorang adik yang baik. Aku tahu, kadang dia tidak mahu lagi mendengar setiap apa yang aku ingin sampaikan kepadanya. Dia pun ada masalahnya yang tersendiri. Namun seringkali aku terlalu pentingkan diri sendiri. Menyesakkan fikirannya dengan setiap kata-kata ku, keluhanku, kesedihanku dan pergumulanku. Lebih teruk lagi aku seringkali meminta simpati darinya untuk menemani diriku.. Maaf adikku :) Namun satu hal yang saya fahami dari sikapnya dia memahami aku. Dia tahu apa yang aku perlukan.. Aku sangat terkesan dengan apa yang dia berikan kepadaku. Hehe, dia cakap video ini sangat sesuai dengan diriku.. Jom tengok.. Dia cakap itu adalah aku.
" Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur?, ketika kita menangis?, dan ketika kita membayangkan?? Itu kerana hal terindah di dunia ini tidak terlihat. Ketika kita menemukan seseorang yang keunikannya sejalan dengan kita, kita bergabung dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan serupa yang dinamakan cinta. 

Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan. Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan. Tapi ingatlah, melepaskan bukan akhir dari dunia, melainkan awal suatu kehidupan baru. Kebahagian ada untuk mereka yang menangis, mereka yang tersakiti, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencoba. Karena merekalah yang bisa menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka. 

Cinta yang agung adalah ketika kita menitiskan air mata dan masih peduli terhadapnya, adalah ketika dia tidak mempedulikan kita dan kita masih menunggunya dengan setia. Adalah ketika dia mulai mencintai orang laindan kita masih mampu tersenyum sambil berkata " Aku turut berbahagia untukmu" Apabila cinta tak berhasil bebaskanlah dirimu, biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas lagi. Ingatlah, bahawa kita mungkin menemukan cinta dan kehilangannya tapi ketika cinta itu mati, kita tidak perlu mati bersamanya. "

Adik aku cakap setiap kata-kata yang ada di dalam ini sesuai denganku.. Aku tahu dia turut bersedih saat aku menyatakan bahawa aku sedih. Aku tidak sepatutnya menceritakan kepadanya bukan. Kesian dia.. Namun aku bersyukur, sekurang-kurangnya aku tahu bahawa dia mengasihi aku. Ya memang benar Ketika cinta itu mati, aku tidak perlu mati bersamanya. Padahal dia sudah gembira bersama pasangannya. Aku sebenarnya tidak perlu tergesa-gesa dalam mengejar cinta. Cinta itu adalah anugerah dari Tuhan dan setiap manusia diberikan cinta itu. Aku seharusnya bersabar menunggu dan percaya kepadaNya. Mengapa aku harus mengejar kepada cinta yang tidak sudah jelas di depan mataku bahawa dia bukan milikku. Aku hanya merampas kebahagian orang lain. Walau sedalam mana pun keinginan ku itu namun aku harus berusaha untuk melepaskkan dan mencari cinta yang lain. Betul bukan. Percintaan yang hanya sebatas kulit tidak akan bertahan lama. Apabila kulit itu mengelupas maka cinta itu akan hilang. 

Aku... ya aku adalah aku.. Aku tidak perlu berlakon untuk menjadi orang lain untuk mendapatkan cintanya. Bagi aku, jika dia mengasihi aku maka dia akan menerima aku apa adanya. Egokah aku?? Hipokritkah aku? Tidak aku tidak ingin menjadi seorang yang ego. Dulu sejujurnya aku sukar untuk mengungkapkan apa yang ada di dalam hati aku. Aku takut, aku bersembunyi di belakang orang lain moga-moga orang tidak melihat aku. Aku mahu orang itu sendiri yang mengetahui isi hati aku. Namun sekarang aku harus memahami suatu situasi di mana aku harus bangkit. Katakan apa yang ingin aku katakan. Dan lepaskan apa yang ingin aku lepaskan. 

Mengenalinya memang suatu kebahagian buatku. Dia berjaya membuat aku merasakan aku suatu perasaan di mana aku disayangi dan dihargai. Perasaan di mana aku boleh mengungkapkan " AKU MENCINTAIMU" aku ingat aku tak akan jatuh cinta lagi hehe... Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Hanya Bapa di Sorga yang sempurna. Terkadang aku ingin saat aku berkata aku ok, aku baik-baik sahaja aku ingin dia melihat kepada ku, memandang aku dan memeluk aku sambil berkata "aku tahu kamu tak ok" .... Masih banyak lagi yang ingin ku tulis namun apabila aku membayangkan situasi itu hati aku menjadi sebak. Ya, sambung semula lagi....

Aku mengasihi mu......

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 • Faith, Love And Hope • Support by Sunduvan