Hari ini hari jumaat, baru pukul10:28am, terasa masa berlalu begitu cepat..sedar tak sedar bulan november sudah datang, ini bermaksud dalam beberapa minggu umur aku akan meningkat lagi hehe.. aduhai cepat betul masa berlalu terasa takut pula untuk menghadapi hari esok. Takut-takut nanti aku lalai dalam menghadapi cabaran hidup ini. Aku tahu semuanya pasti akan baik-baik sahaja namun sifat manusia walaupun sudah mengucapkan jangan khuatir tapi tetap juga risau, bimbang, takut dan sebagainya. Bila kali terakhir aku sambut hari jadi yang sangat bermakna dalam hidup aku??? Hehehe entahlah dah lupa dan aku tak mahu mengingatinya lagi :) Seharusnya dengan bertambahnya usia ini fikiranku haruslah matang. Untuk kesekian kalinya aku harus bangkit maju.
Terima kasih Tuhan Yesus untuk pertolongan Mu di dalam hidupku, dan saat aku memerlukan pertolongan Mu Tuhan Engkau datang memberikan pertolongan dan aku percaya saat aku ditolong Engkau pasti akan menolong orang yang mengandalkan Engkau. Jadikan aku baru, jamah hatiku Tuhan. Berikan damai di hatiku. Semua telah berubah dan aku tahu bila Engkau menjamah hatiku aku pasti diubahkan. Ampunkan aku Tuhan, aku selalu gagal untuk menjadi yang hambaMu yang setia. Aku mohon ya Tuhan, tolong aku...
Terkadang kita merasa
Tak ada jalan terbuka
Tak ada lagi waktu
Terlambat sudah
Tuhan tak pernah berdusta
Dia selalu pegang janjiNya
Bagi orang percaya mukjizat nyata.
Dia mengerti, Dia peduli persoalan yang sedang terjadi
Dia mengerti Dia peduli persoalan yang kita alami..
Namun satu yang Dia minta agar kita percaya sampai mukjizat menjadi nyata..
Tuhan Yesus, aku yakin Engkau memperhatikan aku. Engkau melihat aku di sana kan?? Engkau tahu apa yang aku alami saat ini, Tuhan Yesus, aku percaya semuanya dalam kawalan Engkau.. Engkau tak akan membiarkan aku mengalami sesuatu perkara yang melebihi kekuatan aku.
Takkan ragu ku berjalan di dalam lembah yang kelam ku tak takut sebab Engkau bersertaku
Segala yang Kau izinkan terjadi dalam hidupku, ku percaya mendatangkan kebaikan...
Bapa ku percaya rancanganMu indah, Bapa ku percaya Kau turut berkerja dalam segala hal mendatangkan kebaikan bagiku :)
Saat ini, apa pengharapan ku hanya kepadaMu, ubah jalan-jalan hidupku Tuhan. Permudahkan setiap jalan-jalan hidupku. Terasa aku sudah terlalu penat untuk menghadapi hari-hari berlalu. Mengapa aku terlalu berharap kepadanya padahal aku sudah memberitahu sendiri diriku supaya jangan berharap apa-apa kepada perhubungan ini. Namun hati ini terlalu degil, sangat lemah mahu juga melakukan sesuatu yang boleh menyakiti diri sendiri. Tuhan, aku tahu semua yang terjadi di dalam hidupku ini adalah berpunca daripada diriku sendiri, aku selalu melupakan Engkau dan mengutamakan dia di dalam hidupku. Aku sungguh lalai, ampuni aku Tuhan. Aku malu sebenarnya di hadapanMu Tuhan, aku selalu seperti ini berjanji di hadapan Engkau tapi aku melupakan janji itu dan membelakangkan Engkau. Tuhan, aku mohon saat ini dengarlah seruan hatiku. Ubahlah semua yang ada di dalam diriku ini, sikap aku, perbuatan aku, jalan-jalan hidupku dan semuanya yang ada di dalam diriku ini.
Aku tahu Tuhan, Engkau adalah Allah yang setia dan adil.. Aku tahu segalanya pasti akan baik-baik ja kan Tuhan. Aku mohon biarlah semua perasaanku kepadanya Engkau ubahkan itu. Aku sudah menganggu perhubungan orang lain. Aku tahu dia serba salah kerana aku ada di tengah-tengah mereka. Aku menjadi penghalang bagi mereka Tuhan. Putuskan setiap perasaan aku yang terikat kepadanya. Aku mahu melihat dia berbahagia dengan orang lain. Kerana aku tahu dia tak akan mungkin bahagia bersama ku. Ambil setiap perasaan ku ini Tuhan. Kembalikan perasaan aku menjadi kosong semula.
Iman, Kasih dan Pengharapan itulah yang paling ku perlukan. Kuatkan imanku Tuhan. Biarlah kasih yang semula mengalir di dalam diriku. Kasih kepada orang lain, kepada sahabat, saudara dan setiap orang yang ada di sekeliling aku. Pengharapan kepada Engkau Tuhan, mengandalkan Engkau 100%. Aku memang tahu aku tak memiliki apa-apa, namun aku bersyukur kerana aku memiliki Engkau, mengenal Engkau. Itulah kebahagian yang terutama di dalam hidupku. Aku mengasihiMu Tuhan. Jangan lepaskan aku Tuhan. Terus pimpin langkah hidupku Tuhan. Berjalanlah terus bersama-sama denganku. Berikan aku kekuatan baru, semangat baru untuk aku menghadapi hari-hari esok. Terima kasih Tuhan, Engkau teramat baik kepada ku...
Love,
Faith
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment